Kadang-kadang..=)

           Kadang-kadang apa yang Allah duga, diluar jangkaan..namun, ada hikmah disebalik semua yang terjadi. Allah nak hambaNya tabah dan lebih kuat. Jadi, walau apapun yg berlaku, kita kena tabah dan kuatkan semangat dan yang paling penting sentiasa lah berdoa kepadaNya agar dimudahkan segala urusan di dunia mahupun akhirat..apa pun yang berlaku, jangan mudah putus asa dan ingat Allah sentiasa bersama kita..=)

         Kadang-kadang datang rasa lemah dan tertekan sangat-sangat, lepas satu, satu ujian yang kita terima, terasa yang diri kita dah tidak berharga lagi sedangkan kita dah buat yang terbaik untuk puaskan hati semua pihak, sampaikan hati sendiri pun kita abaikan semata-mata nak jaga hati orang-orang yang kita sayang, tapi kenapa semua ni tidak pernah dihargai??? tapi tak pe..sabar ye wahai hati, walaupun pengorbanan yang kita lakukan dianggap satu pengorbanan yang sia-sia, tapi percayalah Allah ada untuk kita dan Dia sentiasa adil..=)

         Kadang-kadang hati kita sering dilukai, perasaan kita sentiasa diabaikan..apa yang kita buat semuanya salah, semuanya tak kena..apa yang kita nak, semuanya tak pernah diendahkan, apa yang kita minta semuanya susah untuk dilaksanakan..tapi tak pe, wahai hati bertenanglah..tanamkan dalam diri, kejar impian, pastikan destinasi yang ingin ditujui tercapai agar suatu hari nanti, apa yang diidamkan mampu dipenuhi dengan mudah hasil titik peluh sendiri tanpa perlu mengharapkan belas ihsan atau bantuan atau simpati daripada siape-siape pun...percayalah, u can do it...=)

        Kadang-kadang kita tak percaya yang kita punyai bakat dan kelebihan tersendiri yang tak pernah kita sedari, tak pernah orang lain ketahui dan percayalah kelebihan itulah yang bakal merubah segala kehidupan lampau kita, andai kita bijak mengemudikan bahtera kehidupan ini dengan baik, yang penting sekali..kemudilah kehidupan kita dengan berlandaskan syariat Islam yang sebenar, pasti kebahagian menanti..=)

::senyum-senyum selalu, kerana senyuman itu tidak menyakitkan malah menjadi penawar segala duka::





'senyumlah selagi diizinkan'

Senyum

Senyum seindah suria
Yang membawa cahya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri

Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum

Senyum... kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum... membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah
Ikatan...

 


RedHa ILLahi

Jika Syurga menjadi idaman hati, jalannya terbuka luas seluas mata 

memandang..

Jika keampunan yang didambakan, gerbangnya setia 

menanti…

Usah gusar dugaan di hadapan..

andai hati nekad mengejar 


CINTA ILLAHI






بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Bukan semua yang kita MILIKI, akan KEKAL menjadi MILIK kita.. Kerana apa jua yang ADA pada kita hari ini, adalah PINJAMAN dari ALLAH semata2.. Kelak,Dia pasti akan menarik NIKMAT yang telah diberikan pada kita.. Maka,syukurilah dengan apa jua yang KITA miliki kini, sebelum ia PERGI dari HIDUP KITA.. Wallahua'lam..

PEREMPUAN KENA TAHU
::seorang lelaki yang benar-benar mencintai anda tidak akan membiarkan anda pergi , tidak kira bagaimana sukar keadaan sekalipun::

LELAKI KENA TAHU
::seorang wanita yang benar-benar mencintai anda akan marah kat anda utk banyak perkara, tetapi masih terima anda seadanye walaupun anda telah menyakiti hatinya::

kEtEnTuanNya


click to create your own
Solat Sunat Dhuha dan Kelebihannya



Solat sunat Dhuha ini dikerjakan pada ketika sedang naik matahari (anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi).

Solat sunat Dhuha ini dilakukan sebanyak 2 rakaat. boleh juga dilakukan sebanyak 4, 6, 8 sehingga 12 rakaat dan setiap dua rakaat satu salam dan boleh juga setiap 4 rakaat satu salam.

Cara melakukan solat Dhuha:

a) Bacaan niat solat sunat Dhuha

b) Bacaan rakaat pertama surah Al-Fatihah dan As-Syam

c) Bacaan surah rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha

d) Setelah selesai salam, lalu membaca doa



maksudnya;


"Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Kelebihan:

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:


" Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar." (HR. Anas B Malik).


" Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan." (HR Tirmizi)


يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلَامَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى


" Rasullullah S.A.W bersabda: setiap pagi masing-masing persendian/ruas tulang daripada kamu sedekah, dan setiap bertasbih sedekah dan setiap tahmid (ucapan Alhamdulillah) itu sedekah, dan setiap ucapan takbir itu sedekah, dan menyeru dalam kebaikan sedekah, dan melarang dari perbuatan jahat itu sedekah, dan sebagai ganti semua itu, cukuplah dengan mengerjakan solat Dhuha dua rakaat." (HR Ahmad, Muslim dan Daud)

''warkah dari seorang ibu''


Ini surat dari seorang ibu yang sayu hatinya.
Linangan air mata bercucuran deras bersama tersusunnya surat ini. Ibu lihat engkau lelaki yang gagah lagi matang. Bacalah surat ini. Dan kau boleh membuang surat ini setelah itu, seperti saat engkau meremukkan kalbu ibu sebelum ini.


Sejak doktor memberitahu tentang kehamilanmu, ibu berbahagia. Ibu sangat memahami makna ini dengan baik. Awal kegembiraan dan sekaligus perubahan demi perubahan berlaku pada ibu. Sembilan bulan ibu mengandungkan mu. Seluruh aktiviti ibu jalani dengan susah payah kerana mengandungkan mu. Meski pun begitu, tidak mengurangi kebahagiaan ibu. Kesengsaraan yang tiada hentinya, bahkan kematian ibu lihat di depan mata ibu saat kau dilahirkan. Jeritan tangismu menitiskan air mata kegembiraan buat kami.


Berikutnya, ibu seperti pelayan yang tidak pernah istirehat. Kepenatan ibu demi kesihatanmu. Kegelisahan ibu demi kebaikanmu. Harapan ibu hanya ingin melihat senyum sihatmu.


Masa remaja pun engkau melusuri kini. Kedewasaanmu semakin terlihat, Ibu pun berikhtiar untuk mencari rezeki lebih untuk menampung kehidupan kamu di alam universiti. Hati ibu sedih atas pemergianmu. Namun ibu tetap bahagia lantaran engkau menempuh hidup baru.


Seiring perjalanan waktu, ibu merasa engkau bukan anak ibu yang dulu. Hak pada diri ibu telah kau lupakan. Sudah sekian lama ibu tidak bersua, meski pun melalui telefon. Ibu tidak menuntut macam-macam perkara. Sebulan sekali, jadikanlah ibumu ini sebagai persinggahan, meski pun hanya beberapa minit saja untuk melihat anak kesayangan ibu.


Ibu sekarang sudah sangat uzur. Pinggang sudah membongkok, gemetar sering bersama tubuh dan berbagai penyakit tak bosan-bosan singgah kepada ibu.


Anakanda permata hati ibu..
Seandainya ada yang berbuat baik kepadamu, nescaya ibu akan tak henti-henti berterima kasih kepadanya. Sementara ibu telah sekian lama berbuat baik kepada dirimu. Manakah balasan dan terima kasihmu pada Ibu? Apakah engkau sudah kehabisan rasa kasihmu pada Ibu? Ibu tertanya-tanya, dosa apakah yang menyebabkan dirimu enggan melihat dan mengunjungi Ibu? Baiklah, anggap Ibu sebagai pembantu, mana upah Ibu selama ini?


Anakanda cahaya hati ibu...
Ibu hanya ingin melihatmu saja. Lain tidak. Bila tiba saatnya kau akan merasakan dengan apa yang ibu rasakan pada waktu ini baru kau sedar akan peritnya dirundung kerinduan, sekaligus duka dan kesedihan? Ibu tidak tergamak untuk mengadu kedukaan hati ini kepada Dzat yang Maha Tinggi. Ibu juga tidak akan menceritakan kepedihan ini kepada orang lain. Sebab, ini akan mengheratmu kepada kedurhakaan. Musibah dan hukuman pun akan menimpamu di dunia ini sebelum di akhirat. Ibu tidak akan sampai hati melakukannya.


Anakandaa jiwa raga ibu...
Walau bagaimanapun engkau masih buah hati ibu, bunga kehidupan dan permata cahaya diriku...


Anakanda permata cinta ibu...
Perjalanan tahun demi tahun akan menumbuhkan uban di kepalamu. Dan setiap balasan dari jenis amalan yang dikerjakan. Nantinya, engkau akan menulis surat kepada keturunanmu dengan linangan air mata seperti yang Ibu alami. Di sisi Allah, kelak akan berhimpun sekian banyak orang-orang yang mengecewakan.


Anakanda yang amat ibu sayang...
Takutlah engkau kepada Allah kerana kedurhakaanmu kepada Ibu. Sekatlah air mata ibu, ringankanlah beban kesedihan ibu. Terserahlah kepadamu jika engkau ingin merobek-robek surat ini. Ketauhilah, "Barangsiapa beramal soleh maka itu buat dirinya sendiri. Dan orang yang berbuat buruk, maka itu (juga) menjadi tanggungannya sendiri."


Anakanda yang ibu rindui...
Ingatlah saat engkau berada di perut ibu. Ingat pula saat tiba hari kelahiran yang sangat mencemaskan. Ibu merasa dalam keadaan hidup atau mati. Darah bercucuran tumpah, itulah nyawa Ibu. Ingatlah saat engkau menyusu. Ingatlah belaian sayang dan keletihan ibu. Ingatlah saat engkau sakit. Ingatlah..... ingatlah..... kerana itu, Allah menegaskan dengan wasiat: "Wahai, Rabbku, sayangilah mereka berdua seperti mereka menyayangiku waktu aku kecil."


Anakanda dengarlah kini...
Allah berfirman, "Dan dalam kisah-kisah mereka terdapat pelajaran bagi orang-orang berakal..." (Yusuf: 111)
Pandanglah teladan dalam Islam, supaya engkau memperolehi gambaran bakti anak kepada orang tuanya.


~insan yang amat mengasihimu~

Wanita Yang Lebih Baik Dari Bidadari

Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya: Aku berkata, "Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?" Baginda menjawab, "Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin."Aku berkata, "Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu? Baginda menjawab, "Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning..."
(Hadis Riwayat al-Tabrani)
~islam is the way of life~

15 ciri wanita syurga

                                                            
1. Bertakwa.
2. Beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik mahupun yang buruk.
3. Bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa bulan Ramadan, dan menunaikan haji bagi yang mampu.
4. Ihsan, iaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahawa Allah melihat dirinya.
5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya dan bersabar atas segala takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.
6. Gemar membaca al-Quran dan berusaha memahaminya, berzikir mengingati Allah ketika sendiri atau bersama orang dan sentiasa berdoa kepada Allah.
7. Menghidupkan amar makruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.
8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternakan yang dimiliki.
9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.
10. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.
11. Menjaga lisannya daripada perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah).
13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.
14. Berbakti kepada kedua-dua orang tua.
15. Menyambung silaturahim dengan keluarganya, sahabat terdekat dan jauh.

Jangan Tawarkan Sesuatu Ketika Gembira, Jangan Cakap Sesuatu Ketika Marah


Setiap tindakan dan keputusan kita sebagai manusia tidak selalunya rasional. Biasanya ia akan dipengaruhi oleh emosi. Emosi tidak bermaksud emosi negatif sahaja. Emosi positif dan pelbagai emosi lain yang kita alami.


Dalam keadaan normal, mungkin tindakan kita jauh berbeza. Kita mungkin akan mendengar kritikan dengan hati yang terbuka dan memohon maaf serta berjanji akan membetulkan kesilapan kita.


Jadi, jelas, kita sering terpengaruh dengan emosi sewaktu membuat keputusan harian.


Namun perlu juga diambil perhatian, keadaan ini tidak hanya wujud sewaktu kita marah sahaja. Keadaan ini juga wujud sewaktu kita dalam keadaan sangat gembira.


Sewaktu gembira, kita berada dalam mood yang sangat baik dan ini juga akan mempengaruhi keputusan yang kita akan lakukan.


Bayangkan kita baru mendapat berita gembira mengenai sesuatu peristiwa. Kita sangat seronok dan excited.Pada masa yang sama, datang masalah baru.


Mungkin dalam keadaan biasa atau dalam keadaan marah, kita akan bermasam muka dan memarahi orang lain tanpa kita sedar. Tetapi dalam keadaan gembira, tindakan kita nyata berbeza.


Jadi bagaimana untuk membuat keputusan yang rasional? Kita perlu menenangkan diri dahulu sebelum berkata apa-apa sewaktu marah. Dan kita juga perlu reda dari gembira sebelum membuat keputusan sewaktu gembira.


Sama-sama kita beringat agar keputusan yang bakal kita buat akan memberi manfaat kepada kita dan juga orang disekeliling kita...=)

Disebalik tirai hati wanita



                                         Egoiskah die??Hipokritkah die??Degilkah die??

      

Kadang die selalu menyembunyikan sesuatu yg amat perit untuk dilalui sehingga die mampu menitiskan airmata,namun tidak kita ketahui..kerana die hanya akan menangis dalam senyap..menangis dalam hati..dikala insan lain sedang sibuk bergelak tawa..Deritanya sukar kita fahami kerana die bijak melakonkan pelbagai watak,menyembunyikan segala kesedihannya disebalik sebuah senyumannya yang sentiasa terukir indah menghiasi wajahnya.


Kadang bila kita mampu melihat airmatanya mengalir,sungguh dikala itu amat perit derita yang ditanggungnya.Waktu itu,kekuatannya telah hilang akibat terlalu memendam rasa dan menyembunyikan masalah.Jika kita terus biarkan die dalam kesedihan,mungkin die akan melakukan perkara diluar kawalannya,bimbinglah die,tenangkanlah hatinya..tiupkan lah semangat baru ke dalam dirinya.


Disaat menitis airmatanya,jika kamu berpesan padanya dan berjanji tidak akan melukai perasaannya lagi,die akan menerima nasihatmu sebagai pemangkin semangatnya yang membara,dan jika kamu berpesan jangan menangis lagi,pasti tangisannya semakin menjadi-jadi kerana terharu,namun die tetap mampu mengukir senyuman walaupun senyumannya itu diiringi oleh tangisan.Seraya itu,di dalam hatinya berazam untuk menghargai sehinnga akhir hayatnya.


Kadang kata rindu tidak pernah diungkapkan,janganlah beranggapan perasaan rindu itu tiada langsung untuk kamu,sengaja die memberi ruang untuk kamu terlebih dahulu mengungkapkannya..egonya terlalu tinggi dan amat susah untuk die mengungkapkan kata2x manis itu..pada die,apabila kata2x itu diungkapkan..die telah kalah..lebih-lebih lagi jika die pernah dikecewakan sebelum ini..Die takut luka lama berdarah kembali.Namun jika die berani untuk mengungkapkan kata rindu pada kamu..itu tandanya die benar-benar ikhlas dan percaya pada kamu serta yakin bahawa kamu adalah yang terbaik buat dirinya dan berharap kamu juga ikhlas mengenalinya.


Kadang apabila die berkata lelaki lain lebih baik daripada kamu,jangan percaya katanya..hakikatnya die hanya ingin menguji kamu,die mahu melihat sejauh mana kamu sanggup jadi yang terbaik buat dirinya.Selagi kamu dengannya,walaupun hakikatnya memang hanya kamu yang terbaik dimata hatinya,namun die pasti tidak akan menyatakan ape yang lahir dari hatinya,die pasti mengatakan masih ramai lagi yang baik,realitinya..kamulah dunianya.


Kadang die menjadi degil..namun,die tidak bermaksud untuk menjadi degil..tetapi die mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.Percayalah hati wanita itu sangat lembut,andai kena caranya,jangan terkejut kalau akhirnya die menukar fikirannya dalam masa sesaat.Sekeras-keras hati wanita,pasti lembut jua akhirnya..


Kadang apabila die berkata ''tolong tinggalkan saya!'' sebenarnya,die tidak bermaksud menyuruh kamu pergi buat selamanya..mungkin die hanya mahu berehat sebentar dari kekusutan yang melanda.Apabila die kembali tenang,percayalah die pasti mencari kamu semula..walaupun kadang kala caranya seperti masih marah atau situasinya seperti ingin menambah burukkan lagi keadaan..namun hakikatnya,bukan itu niatnya..cume mungkin die tidak petah memujuk..jika die mncari kamu semula,walau ape jua caranya,bijaklah mengatasi dan gunelah kata-kata yang mampu menenangkan die..usah marah padanya..ketahuilah,rajuknya hanya seketika cuma..apabila keadaan kembali tenang,die pasti ceria kembali..waktu itu..usah bercerita kisah lalu..bersembanglah seperti biasa.Wanita terlalu sukar untuk mengawal perasaan dan emosi,tapi die lah insan yang paling menyayangi dan menghargai diri anda.dan sangat sensitif dengan perubahan anda.




Inilah sedikit sebanyak rahsia disebalik hati seorang wanita.Apabila sayang...selamanya tetap sayang..bukan mudah untuk melupakan..walaupun mungkin die telah bertemu insan lain yang mampu memberi lebih kebahagiaan buat dirinya,namun untuk die melupakan insan yang pernah hadir dalam kamus hidupnya..tak semudah itu..hargailah ''die''.


Rinduku padamu sentiasa Mekar

            'AYAH'

KETIKA BERJAUHAN..
MASIH KU RASA HANGAT KASIHMU AYAH..
BETAPA KU RINDUKAN REDUP WAJAHMU,
HADIR MENEMANIKU..
TERBAYANG KETENANGAN YANG SELALU KAU PAMERKAN..
BAGAIKAN TIADA... KERESAHAN...

WALAU HATIMU SERING TERLUKA..
TIKA DIRIKU TERLANJUR KATA..
TAK PERNAH SEKALI KAU TINGGALKAN..
DIRIKU SENDIRIAN..

KETIKA KU DALAM KEDUKAAN..
KAU MENDAKAP PENUH PENGERTIAN..
DISAAT DIRIKU KEHAMPAAN..
KAU SETIA MENGAJARKU ERTI KEKUATAN....

TERPANCAR KEBANGGAN DALAM SENYUMMU..
MELIHAT KU BERJAYA..
BILA KU KEGAGALAN..
TAK KAU BIARKAN AKU TERUS KECEWA..
DENGAN KATA AZIMAT..
ENGKAU NYALA KAN SEMANGAT..
RESTU DAN DOA KAU IRINGKAN...

TAK DAPAT KU BAYANGKAN HIDUPKU AYAH..
TANPA ENGKAU DISISI...
SEBUAH KASIH  SAYANG YANG KAU CURAHKAN..
TERSEMAT DI HATI...


~selamat hari bapa buat insan yg sentiasa ku rindu dan sayangi..=)

        Alhamdulillah..tahun ni sekali lagi saya berkesempatan untuk bersua dengan hari  bersejarah ni..iaitu hari bapa..Untuk papa yg ku sayangi..semoga dirimu sentiasa dilindungi dan berada dalam naunagn rahmatNya..
rindu saat dan detik kita bersama..andai dapat diundurkan waktu...terasa nak je hentikan waktu tu..biar kenangan kite bersama sentiasa mekar..'

     Buat shbt2x ku yg masih berksmptn untuk meraikan hari teristimewa ni..hargailah bila masih diizinkan Allah..supaya tiada penyesalan suatu hari nanti..ingat..masa tak pernah menunggu kita dan kita tak tau ape yg bakal berlaku pada masa akan datang..ucapkanlah kata-kata sayang dan terima kasih pada insan yg selayaknya menerima ungkapan ini..biar ayah kite tau bahawa kite menyayangi dirinya sepenuh hati..hargailah bila masih ada di depan mata..segalanya dah tak bermakna lagi bila takdir dah menentukan perpisahan yg bakal dilalui..=)

      Kpd yg tak berkesempatan untuk mengucapkan kata2x indah ini..tak berkesempatan untuk meraikan hari bermakna ini..jangan bersedih dan jgn berkecil hati..inilah kehidupan dan anugerah yg Allah berikan kpd kita, yg orang lain belum pernah merasai keperitannya..jalan ni telah kita lalui dulu sblm org lain..kita telah mendidik hati kita tuk jd lbh tabah dan kuat sblm org lain..semoga Allah tempatkan kita dlm kalangn insan2x yg diredhaiNya..=)

                                                                                                                              
                                                                                        ~ segalanya telah tersurat~

ayah - aeman

mencari cinta~

Wahai diri yg di anugerahi rasa cinta,ketahuilah..cinta itu anugerahi illahi..
satu rasa yg sukar tuk diterjemahkan,senada pada warna hati.. 
Andai putih hati,nescaya putihlah cinta..hati sering berbisik-bisik mengenai cinta,
di mana jua kita berada..sering kedengaran insan2x bercerita mengenai cinta..
Di mana kedudukan sebenar cinta??Meskipun panduannya ada pd cermin hati..
Namun,hanya keikhlasan mampu menyingkap erti sebenar cinta...

Cintailah Allah sepenuh hati..nescaya akan kita temui cinta sebenar yg di dambakan..
Di sana ada ketenangan,kedamaian,keharmonian,kegembiraan dan pastinya tiada lagi 
SESALAN..DERITA..DAN AIR MATA..

Cintailah Allah,sebelum kita mencintai insan biasa..
hati yg pecah dan retak, jika diserahkan kpd makhluk..pasti akan betambah retak dan berkecai..
Tetapi,hati yg trluka ini,jika diserahkan kpd illahi,pasti ianya akan bertaut kembali..

Yakinlah,bahawa Allah pasti akan menganugerahkan diri kita,
insan yg benar2x ikhlas menyayangi dan mengasihi kita... 
seandainya kita mampu meletakkan rasa cinta di tempat yg hak. 
Dalam memburu cinta,kita sering keliru..
sedangkan rasa cinta tu x mungkin dpt dibahagikan...

Kalau kita memilih tuk mncintai insan,mana mungkin kita mampu meletakkan rasa cinta kita tuk Allah.. 
Namun,klu kita memilih tuk mncintai Allah..pasti tebaran wangian cinta itu akn dpt dihidu oleh insani..
wangian yg mampu mndamaikan hati yg resah,wangian itulah yg bakal membibitkan rasa kasih yg sukar tuk diungkapkan dgn kata-kata...


         'Ya Allah Ya Tuhanku,Yang Maha Agung...'
   Kurniakanlah aku seorang insan yg beriman dan bertakwa kpd-Mu    
 yang mampu memimpin tanganku menuju jalan yg engkau redhai... 
 Ku sedari, tidak mampu diriku bersendirian,mncari cintamu.. 
  tanpa dirinya yg mengajarkanku tntg makna cinta sejati..'

 WITH DEEPEST LOVE, -SRIKANDI MUJAHIDAH-

EpiLoG kEhIDuPaN

Ku terkenang epilog kehidupan..
dalam kesukaran mencari keikhlasan..
lahirnya bak purnama mengambang..
namun hilang bila dilindungi awan..


Keikhlasan sukar tuk dimengerti..
tapi bila dinilai dgn teliti..
pasti temui rahsia yang tersembunyi..
disebalik transformasi...
yang bukan hanya ilusi..


Kini terpancar semuanya diwajahmu..
terlahir melalui tingkahmu..
terungkap dibibirmu..
buat hatiku yakin..
yakin,dirimu bermakna buatku..


Namun,walau dimana berada..
tak ku lupa pada hakikat dunia..
Perkenalan ini hadiah dariNya


doaku sentiasa mengiringi langkah ini.
berharap agar kekal selamanya...
~fiesya~

KECAPI IMPIAN

Melangkah jangan pernah  berhenti...
walau jalan dihadapan tdk lagi ditemui...
Teruskan mencari penuh teliti...
arah hidupmu yang tersembunyi...

Buka langkahmu walau gelita...
usah hirau bencana malapetaka...
Hanya akan mematah semangatmu...
Bangun,maralah generasiku...

Padam resahmu yakinkan semua...
bahawa kau kan takluki dunia...
dan tak perlu hanya bicara...
Teruskanlah mengorak langkah..
dan berjaya...
Dunia ini permainan semata...
yang bijak pasti mengelolainya...
Jika dipandang sebelah mata...
Tunjukkan wajahmu yang sebenar..."