













Today: 18 Julai 2013 12:27 AM
Hari ni genap 8 hari umat Islam menyambut ramadhan al-mubarak 1434 Hijrah. Cepat je masa berlalu, rasa macam baru semalam je puasa. Apa pun, alhamdulillah sebab kita semua masih diberi kesempatan lagi untuk bertemu dengan bulan mulia ini. Sama-sama lah kita berusaha untuk perbanyakkan amal ibadat dan bertaubat, mohon padaNya agar diampunkan segala dosa-dosa lalu dan diberi ruang dan peluang lagi untuk bertemu ramadhan akan datang. Mudah-mudahan, amin...


Antara Kelebihan Bulan Ramadhan
- Bulan keampunan yang penuh berkat untuk hamba-hamba-Nya yang tidak pernah lari dari kesilapan dan dosa.
- Diturunkan satu malam yang istimewa iaitu Lailatul Qadar di mana malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Digandakan pahala amalan pada malam tersebut.
- Diturunkan petunjuk bagi manusia iaitu Al-Quran pada bulan Ramadhan. Oleh itu, kita digalakkan untuk memperbanyakkan serta menggandakan bacaan Al-Quran berserta maksudnya di bulan Ramadhan nanti.
- Ditutup pintu neraka dan dibukakan seluasnya pintu syurga.
- Syaitan tidak dapat menghasut manusia pada bulan Ramadhan. Namun jika masih ada kejahatan yang dilakukan ia berpunca dari nafsu diri sendiri. Mohonlah keampunan Illahi 1 bulan Ramadhan yang mulia itu.
- Kegembiraan orang yang berpuasa dengan ikhlas ketika Ramadhan ialah bila tiba waktu berbuka puasa kerana dia dapat menghalang dirinya daripada melakukan kejahatan.
No comments:
Post a Comment