''warkah dari seorang ibu''


Ini surat dari seorang ibu yang sayu hatinya.
Linangan air mata bercucuran deras bersama tersusunnya surat ini. Ibu lihat engkau lelaki yang gagah lagi matang. Bacalah surat ini. Dan kau boleh membuang surat ini setelah itu, seperti saat engkau meremukkan kalbu ibu sebelum ini.


Sejak doktor memberitahu tentang kehamilanmu, ibu berbahagia. Ibu sangat memahami makna ini dengan baik. Awal kegembiraan dan sekaligus perubahan demi perubahan berlaku pada ibu. Sembilan bulan ibu mengandungkan mu. Seluruh aktiviti ibu jalani dengan susah payah kerana mengandungkan mu. Meski pun begitu, tidak mengurangi kebahagiaan ibu. Kesengsaraan yang tiada hentinya, bahkan kematian ibu lihat di depan mata ibu saat kau dilahirkan. Jeritan tangismu menitiskan air mata kegembiraan buat kami.


Berikutnya, ibu seperti pelayan yang tidak pernah istirehat. Kepenatan ibu demi kesihatanmu. Kegelisahan ibu demi kebaikanmu. Harapan ibu hanya ingin melihat senyum sihatmu.


Masa remaja pun engkau melusuri kini. Kedewasaanmu semakin terlihat, Ibu pun berikhtiar untuk mencari rezeki lebih untuk menampung kehidupan kamu di alam universiti. Hati ibu sedih atas pemergianmu. Namun ibu tetap bahagia lantaran engkau menempuh hidup baru.


Seiring perjalanan waktu, ibu merasa engkau bukan anak ibu yang dulu. Hak pada diri ibu telah kau lupakan. Sudah sekian lama ibu tidak bersua, meski pun melalui telefon. Ibu tidak menuntut macam-macam perkara. Sebulan sekali, jadikanlah ibumu ini sebagai persinggahan, meski pun hanya beberapa minit saja untuk melihat anak kesayangan ibu.


Ibu sekarang sudah sangat uzur. Pinggang sudah membongkok, gemetar sering bersama tubuh dan berbagai penyakit tak bosan-bosan singgah kepada ibu.


Anakanda permata hati ibu..
Seandainya ada yang berbuat baik kepadamu, nescaya ibu akan tak henti-henti berterima kasih kepadanya. Sementara ibu telah sekian lama berbuat baik kepada dirimu. Manakah balasan dan terima kasihmu pada Ibu? Apakah engkau sudah kehabisan rasa kasihmu pada Ibu? Ibu tertanya-tanya, dosa apakah yang menyebabkan dirimu enggan melihat dan mengunjungi Ibu? Baiklah, anggap Ibu sebagai pembantu, mana upah Ibu selama ini?


Anakanda cahaya hati ibu...
Ibu hanya ingin melihatmu saja. Lain tidak. Bila tiba saatnya kau akan merasakan dengan apa yang ibu rasakan pada waktu ini baru kau sedar akan peritnya dirundung kerinduan, sekaligus duka dan kesedihan? Ibu tidak tergamak untuk mengadu kedukaan hati ini kepada Dzat yang Maha Tinggi. Ibu juga tidak akan menceritakan kepedihan ini kepada orang lain. Sebab, ini akan mengheratmu kepada kedurhakaan. Musibah dan hukuman pun akan menimpamu di dunia ini sebelum di akhirat. Ibu tidak akan sampai hati melakukannya.


Anakandaa jiwa raga ibu...
Walau bagaimanapun engkau masih buah hati ibu, bunga kehidupan dan permata cahaya diriku...


Anakanda permata cinta ibu...
Perjalanan tahun demi tahun akan menumbuhkan uban di kepalamu. Dan setiap balasan dari jenis amalan yang dikerjakan. Nantinya, engkau akan menulis surat kepada keturunanmu dengan linangan air mata seperti yang Ibu alami. Di sisi Allah, kelak akan berhimpun sekian banyak orang-orang yang mengecewakan.


Anakanda yang amat ibu sayang...
Takutlah engkau kepada Allah kerana kedurhakaanmu kepada Ibu. Sekatlah air mata ibu, ringankanlah beban kesedihan ibu. Terserahlah kepadamu jika engkau ingin merobek-robek surat ini. Ketauhilah, "Barangsiapa beramal soleh maka itu buat dirinya sendiri. Dan orang yang berbuat buruk, maka itu (juga) menjadi tanggungannya sendiri."


Anakanda yang ibu rindui...
Ingatlah saat engkau berada di perut ibu. Ingat pula saat tiba hari kelahiran yang sangat mencemaskan. Ibu merasa dalam keadaan hidup atau mati. Darah bercucuran tumpah, itulah nyawa Ibu. Ingatlah saat engkau menyusu. Ingatlah belaian sayang dan keletihan ibu. Ingatlah saat engkau sakit. Ingatlah..... ingatlah..... kerana itu, Allah menegaskan dengan wasiat: "Wahai, Rabbku, sayangilah mereka berdua seperti mereka menyayangiku waktu aku kecil."


Anakanda dengarlah kini...
Allah berfirman, "Dan dalam kisah-kisah mereka terdapat pelajaran bagi orang-orang berakal..." (Yusuf: 111)
Pandanglah teladan dalam Islam, supaya engkau memperolehi gambaran bakti anak kepada orang tuanya.


~insan yang amat mengasihimu~

Wanita Yang Lebih Baik Dari Bidadari

Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya: Aku berkata, "Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?" Baginda menjawab, "Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin."Aku berkata, "Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu? Baginda menjawab, "Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning..."
(Hadis Riwayat al-Tabrani)
~islam is the way of life~

15 ciri wanita syurga

                                                            
1. Bertakwa.
2. Beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik mahupun yang buruk.
3. Bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa bulan Ramadan, dan menunaikan haji bagi yang mampu.
4. Ihsan, iaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahawa Allah melihat dirinya.
5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya dan bersabar atas segala takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.
6. Gemar membaca al-Quran dan berusaha memahaminya, berzikir mengingati Allah ketika sendiri atau bersama orang dan sentiasa berdoa kepada Allah.
7. Menghidupkan amar makruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.
8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternakan yang dimiliki.
9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.
10. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.
11. Menjaga lisannya daripada perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah).
13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.
14. Berbakti kepada kedua-dua orang tua.
15. Menyambung silaturahim dengan keluarganya, sahabat terdekat dan jauh.

Jangan Tawarkan Sesuatu Ketika Gembira, Jangan Cakap Sesuatu Ketika Marah


Setiap tindakan dan keputusan kita sebagai manusia tidak selalunya rasional. Biasanya ia akan dipengaruhi oleh emosi. Emosi tidak bermaksud emosi negatif sahaja. Emosi positif dan pelbagai emosi lain yang kita alami.


Dalam keadaan normal, mungkin tindakan kita jauh berbeza. Kita mungkin akan mendengar kritikan dengan hati yang terbuka dan memohon maaf serta berjanji akan membetulkan kesilapan kita.


Jadi, jelas, kita sering terpengaruh dengan emosi sewaktu membuat keputusan harian.


Namun perlu juga diambil perhatian, keadaan ini tidak hanya wujud sewaktu kita marah sahaja. Keadaan ini juga wujud sewaktu kita dalam keadaan sangat gembira.


Sewaktu gembira, kita berada dalam mood yang sangat baik dan ini juga akan mempengaruhi keputusan yang kita akan lakukan.


Bayangkan kita baru mendapat berita gembira mengenai sesuatu peristiwa. Kita sangat seronok dan excited.Pada masa yang sama, datang masalah baru.


Mungkin dalam keadaan biasa atau dalam keadaan marah, kita akan bermasam muka dan memarahi orang lain tanpa kita sedar. Tetapi dalam keadaan gembira, tindakan kita nyata berbeza.


Jadi bagaimana untuk membuat keputusan yang rasional? Kita perlu menenangkan diri dahulu sebelum berkata apa-apa sewaktu marah. Dan kita juga perlu reda dari gembira sebelum membuat keputusan sewaktu gembira.


Sama-sama kita beringat agar keputusan yang bakal kita buat akan memberi manfaat kepada kita dan juga orang disekeliling kita...=)