Bak Kata Pepatah Melayu,sikit-sikit lama-lama jadi bukit.. =)

Bak Kata Pepatah Melayu lagi,usaha itu tangga kejaayan!!

Alhamdulillah bermula dengan testimoni dari diri sendiri



Akhirnya produk ini berjaya membantu kawan-kawan terdekat di Smk mengkarak (dalam menyelesaikan masalah kulit wajah) tolong beli je mase ni,sbb tak terfikir pun produk herba kemboja ni begitu mujarab sebegini rupa dan tak pernah terfikir yang diri ni akan melebarkan sayap dalam dunia perniagaan..

Selangkah demi selangkah saya bertapak..seterusnya..di universiti (UPSI) kawan2 terdekat pula bertanyakan rahsia kulit wajah saya..saya kongsikan dengan mereka rahsia produk herba kemboja ni..(masih dalam proses tolong beli kan produk je lagi..

Bermula 14 Julai hingga 07 November 2014, (tempoh praktikal) mengajar di Smk Bukit Mendi, so waktu ni, ada mase terluang..terfikir untuk buat something yang berfaedah!! Alhamdulillah berbekalkan sedikit modal yang tak seberapa..

Kini, Krim Pemutih Al-HAURA kini mendapat tempat di hati pelanggan dari serata negeri, kerana kualitinya!!

 Al Haura AWESOME <3


Al- Baqarah : 286

'' Hidup memang penuh dengan onak dan duri,
  Umat yang tidak pernah merasa susah,
  merasa keperitan hati,
  belum lagi disayangi oleh TuhanNya..''

 Kerana yang diuji dengan keperitan itu,
 adalah untuk meningkatkan iman dihatinya,
 supaya lebih dekat pada TuhanNya,

''Allah tidak membebankan seseorang, melainkan sesuai dengan kemampuannya''.

Rintihkan Kasih Seorang Ibu


SAUDARI NURUL HIDAYAH


Kasih seorang insan yang bergelar ibu tiada gantinya. Setiap insan yang dilahirkan di bumi ini pastinya ingin merasai kasih sayang dari insan yang telah melahirkan mereka. Begitu juga hati kecil insan ini, kepada mereka di luar sana yang masih mempunyai ibu dan ayah, masih berkesempatan merasai kasih sayang mereka, hargailah selagi berpeluang.

Saudari Ina (Nama panggilan sehingga kini) telah di besarkan oleh ibu dan ayah angkatnya di Taman Jaya, Kemayan, Pahang dalam lingkungan 22 atau 23 tahun lalu. Ketika itu, Ina baru sahaja lepas pantang, Ina dihantar kepada  arwah Pak Ya dan Mak Mah untuk jagaan oleh ibu kandungnya. Namun setelah itu, ibu kandungnya tidak kelihatan dan kini, dia tinggal bersama keluarga angkatnya di Taman Jaya, Kemayan.


Arwah Pak Ya dan Mak Mah


 Kini segala-galanya hanya tinggal kenangan. Jika diizinkan oleh Allah, insan ini terlalu berharap dirinya akan bertemu dengan insan yang telah melahirkannya ke muka bumi ini. Doanya tidak pernah putus untuk arwah ayah dan ibu angkatnya yang sudi membesarkannya, begitu juga buat keluarga angkatnya yang tidak pernah sekalipun menganggap dirinya sebagai orang luar dalam keluarga itu. Alhamdulillah kerana dirinya masih ada tempat untuk bergantung harap. 

Walau bagaimanapun, disebalik hati kecil milik insan ini, dia terlalu rindukan belaian kasih dari seorang ibu, lagi-lagi sudah hampir 22 atau 23 tahun dia tidak pernah langsung bertemu dengan insan teristimewa dalam hidupnya itu.
Pencarian masih diteruskan tanpa mengenal erti penat dan lelah demi sebuah misi yang entah bila akan ada jawapannya. Semoga suatu hari nanti penat lelah ini akan terbayar dan segalanya akan terjawab. Mudah-mudahan, aminnn...Sama-samalah kita berdoa agar urusan saudari Ina akan dipermudahkan oleh -Nya.

Kepada sesiapa yang mempunyai maklumat dan sudi membantu memudahkan urusan ini, boleh hubungi : 0176151150 (Saudari Ina) Jasa kalian, didahulukan dengan ucapan terima kasih.


MOTINSPIRASI HATI


             Tajuk : Selamat tinggal derita, selamat datang bahagia.

Pada suatu malam yang hening, bertemankan hujan renyai yang turun membasahi bumi, tiba-tiba manik-manik jernih mula jatuh berguguran. Hatiku sayu dan pilu terkenangkan mama dan papa tercinta yang kukasihi dan sayangi selama ini yang hilang entah ke mana. Marah tetapi rindu. Kehilangan mereka telah memalapkan duniaku. Hanya doa yang mampu aku panjatkan kepada yang Maha Esa agar mereka sentiasa dalam rahmat Ilahi. Rindu yang bertandang membuatkan aku lemah, tidak terdaya untuk terus mengharungi hari-hariku. Terasa duniaku gelap tanpa kasih sayang seorang ayah dan ibu yang sentiasa menemani hidupku sebelum ini. Perpisahan antara mereka membuatkan aku terus hanyut dengan duniaku sendiri tanpa bertemankan bintang-bintang yang bersinar seperti insan-insan lain di luar sana. Aku pasrah. Terimbau saat bahagia yang pernah menjadi milikku suatu ketika dahulu.


“Widad, mari makan sayang. Mama masakkan tomyam kegemaran kamu.” Dengan penuh kasih sayang si ibu memanggil anaknya makan.

“Ya, mama. Kejap lagi Wie datang. Papa, along dengan adik pergi mana mama?”

“Kejap lagi sampai la tu, papa pergi belikan KFC untuk Wie. Papa ajak along dengan adik ikut sekali.”

“Oh, ya ke, mama? Wah! ni yang Wie sayang papa lebih ni.”

“Ye la, sayang papa dia je. Siapa la mama ni.” Mama melontarkan kata-kata itu dengan nada suara yang sengaja dibuat-buat sedih.

“Ala mama ni, mengada-ngada pula ye. Widad sayang mama juga lah, dalam hidup Wie ni hanya ada mama dengan papa je tau!” Aku dan mama tersenyum ceria.



Perasaanku ketika itu tidak dapat digambarkan lagi. Setiap kegemaran dan keinginanku pasti dituruti. Aku bahagia. Namun, semuanya telah berakhir dan tidak mungkin dapat disingkap kembali. Aku tersedar daripada lamunan. Segera ku seka air mata yang sejak tadi turun membasahi pipiku. Sebuah buku motivasi yang aku beli tempoh hari ku selak. Buku itu aku pilih kerana judulnya menarik perhatian. Sama seperti situasi diriku. ‘Bibir Tersenyum, Hati Menangis.’ Buku itu aku jadikan teman dan sahabat tika hati ini tak mampu lagi menanggung derita. Isi kandungan buku itu buat aku terfikir. Adakah hamba-hamba Allah di muka bumi ini sama seperti aku? atau adakah insan-insan di dunia ini yang tidak pernah bersedih dan menangis? Jawapannya, pasti tidak ada bukan? Allah itu Maha Adil dan Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hamba-Nya. Keperitan yang diuji pasti bersebab dan setelah diuji pasti dihadiahkan pula dengan kemudahan agar kita dapat bermuhasabah diri dan sentiasa berubah ke arah yang lebih baik berlandaskan syariat Islam.


Sedikit demi sedikit hatiku terpujuk. Aku percaya dugaan yang Allah beri kepadaku ini pasti ada hikmah yang tersembunyi. Seorang cendekiawan Inggeris pernah mengatakan: ‘Meskipun kita berada di sebalik jeriji besi, kita masih boleh melayangkan penglihatan kita ke arah cakerawala dan mengeluarkan bunga dari sarangnya, kemudian kita juga boleh mencium baunya yang harum dan terus tersenyum. Maknanya, meskipun kita berada di dalam istana dengan mengenakan pakaian yang mewah, kita tetap diuji dan berdukacita kerana kebahagiaan itu tidak terletak mengikut zaman atau tempat tetapi terletak pada keimanan. Justeru, siapa pun kita, kaya atau miskin, kita berhak diduga. Jadi, usahlah bersedih wahai hati dan ingatlah bukan kita seorang sahaja yang diberi kesulitan, malah ada insan lain di luar sana yang lebih dahsyat keperitannya. Jadikan segala masalah ‘alah bisa tegal biasa’. Sentiasalah bersyukur dengan segala dugaan mendatang, walaupun kadang kala bibir tersenyum, namun hakikat sebenar hati ini sentiasa menangis. Reda dengan qada’ dan qadarnya.


Peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) bakal menjelang tidak lama lagi. Aku semakin longlai untuk meneruskan hari-hariku. Masalah kewangan menghimpit diri, yuran peperiksaan harus dibayar, peralatan peperiksaan harus dibeli. Untuk membuka mulut menyatakan perkara itu kepada nenek, aku tidak sampai hati. Terlalu berat bebanan yang telah dipikul oleh tulang dua kerat itu dalam membesarkan aku dan adik-adik. Keputusan Percubaan STPM pula akan diumumkan oleh guru kelasku sebentar sahaja lagi. Aku semakin tidak keruan.


“Hari ni cikgu nak umumkan keputusan peperiksaan percubaan kamu semua.”

Rakan-rakanku yang lain keriangan, tidak sabar menanti keputusan yang bakal diumumkan. Satu persatu nama rakan-rakanku disebut.

Akhirnya, sampailah giliranku. “Widad Farida! ke depan sekejap.”

“Ya, cikgu.”

“Kamu ni ada masalah ke? kenapa keputusan kamu merosot sangat. Cikgu tak sangka kamu dapat keputusan seteruk ini.”

“Saya minta maaf cikgu.”

“Kamu kena ingat, kamu itu pelajar harapan sekolah. Macam mana kamu boleh jadi macam ni?”

“Saya tak tahu cikgu.” Hanya itu yang mampu diungkapkan.



Hari itu, seharian aku termenung memikirkan nasib diri. Aku sedar semenjak mama dan papa berpisah dan mengambil keputusan untuk tinggalkan aku di rumah nenek, aku tidak dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran. Fikiranku runsing. Hatiku sayu merindui mereka. Tergamaknya mama dan papa tinggalkan aku terhuyung-hayang sendirian dalam mengemudikan bahtera kehidupan. Isu mengenai keputusan peperiksaanku tersebar di bilik guru. Aku menjadi tumpuan guru-guru dan rakan-rakan. Sesungguhnya aku sangat sesak dengan pertanyaan demi pertanyaan yang muncul kerana aku tiada jawapan untuk soalan itu. Terlalu berat untuk aku luahkan segala-galanya. Hanya Tuhan yang Maha Mengetahui apa yang ada di sebalik hati kecil ini. Sekali lagi air mataku mengalir membasahi bumi. Aku pasrah! Petang itu, aku duduk bersendirian di beranda rumah nenek. Terasa ingin memuntahkan segala yang terbuku di hati. Sehelai kertas dan sebatang pena biru menjadi temanku pada petang nan indah itu. Sebuah lagu berjayaku hasilkan, dituju khas buat insan tersayang yang jauh di mata, namun dekat di hati. Wahai mama dan papa, ketahuilah, anakmu ini sangat merindui kalian. Nukilanku buatmu.


Redup cuaca mententeramkan jiwa,

mengingatkanku kepada,

mama dan papa.



Mendung petanda hujan akan menitis tiba,

titisan seribu makna,

menggambarkan rasa di jiwa.



Walau kita jauh,

hujan yang jujur menyentakku kembali,

menyatu irama dan lagu kau aku.



Hujan, mencuri sepi hati dan kesedihanku,

hujan, muncul di minit ku perlu kehadiranmu,

walau sementara cuma,

gelisah aku menghilang.



Hujan, basahi aku,

hanyutkan semua kepedihanku,

hujan, basuh lukaku,

pastikan ku ceria bertemu insan yang ku rindu.

Sejarah aku, dibasahi hujan yang turun,

walau memeritkan,

Ibaratkan bak sang hujan, awalnya lebat,

akhirnya reda.



Hujan, basahi aku, hanyutkan semua kepedihanku,

hujan, basuh lukaku,

pastikan ku ceria bertemu insan yang ku damba.



Sejarah aku, dibasahi hujan yang turun,

walau memeritkan, ibarat bak sang hujan,

awalnya lebat, akhirnya reda,

akhirnya reda.



Segala keperitan hidup, mengajar aku erti kehidupan yang sebenar. Aku semakin dewasa dengan pelbagai ujian yang melanda. Kisah mama dan papa yang telah membina kehidupan baru membuatkan aku terus bangkit memperjuangkan nasib diri yang tidak terbela. Aku nekad untuk mengubah nasibku sendiri. Aku nekad untuk menjadi seorang insan yang berjaya suatu hari nanti. Jasa nendaku yang tabah membesarkan aku walau terpaksa mengharungi pelbagai dugaan membuatkan aku terus kuat. Pesanannya sentiasa terlipat kemas di minda.


Wie, walau apa pun yang berlaku, Wie kena kuat dan tabah. Doakan yang terbaik buat mama dan papa Wie.”

“Ya, nenek. Wie ingat pesan nenek.”

“Apa yang dah berlaku tu, biarlah terus berlalu, jangan ada perasaan marah dan dendam Wie.”

“Ya.” Hanya itu mampu aku balas sambil tertunduk penuh syahdu.


Semenjak hari itu, aku tanamkan dalam diri untuk terus berjaya, aku ingin bangkit dari segala kesilapan lalu. Akhirnya, aku berjaya menghabiskan peperiksaan STPM ku. Keputusan yang aku peroleh sangat menggembirakan nenekku. Alhamdulillah, ku panjatkan kesyukuran pada-Nya kerana memberikan aku hadiah yang tidak ternilai harganya. Nikmatnya sebuah kejayaan setelah menyusuri pelbagai kesusahan. Aku sentiasa tanamkan dalam diri bahawa kejayaan tidak akan datang bergolek, ia hanya akan hadir setelah kita berusaha dan bertawakal kepada Allah. Selagi aku mampu bernafas di bumi Allah ini, aku berjanji akan menggembirakan nenekku. Walaupun jauh di sudut hati, aku ingin berkongsi kisah gembira ini bersama kedua ibu bapaku, namun aku tidak berkesempatan untuk berbuat demikian. Aku hanya mampu tersenyum untuk menyembunyikan segala kesedihan yang melanda. Aku harus ingat, perjuangan dan pengorbanan yang dilakukan akan membawa seribu erti apabila segala-galanya berlandaskan ilmu Allah. Usah bersedih wahai hati kerana Allah pasti akan menggantikan kepayahan hidup yang dialami dengan kesenangan suatu hari nanti.


Aku berjaya ditawarkan untuk meneruskan pengajian di Universiti Malaysia Sabah dalam jurusan pendidikan Sejarah. Satu bidang yang tidak asing lagi bagiku. Terukir senyuman bangga di bibir nendaku yang tersayang. Terasa puas kerana mampu menghadiahkan kejayaan ini bersama orang yang paling bermakna dalam hidupku. Aku mendaftarkan diri pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Sebak mula terasa pabila melihat ibu bapa sibuk menemani anak-anak mereka untuk menyelesaikan sesi pendaftaran. Tapi mengapa aku tidak begitu? di mana kedua ibu bapaku saat ini. Hati kecilku tidak mampu menahan sebak di dada lagi. Air mata yang sedari tadi bertakung, setitis demi setitis mengalir membasahi pipiku, aku sedih mengenangkan nasib diri yang tidak berteman. Merindui nenda yang sudah uzur di kampung. Ketika ini, aku tidak kuat lagi. Lakonan hebatku selama ini sudah tidak mampu aku perjuangkan lagi. Hatiku merintih rindukan kedamaian, rindukan ketenangan, rindukan mama dan papa. Sekali lagi aku tewas melawan godaan syaitan. Air mata syahdu mengiringi setiap langkahku, namun, ku gagahi jua kaki ini demi sebuah perjuangan suci.


“Assalamualaikum nenek. Nenek apa khabar?”

“Waalaikumusalam. Oh, Wie. Macam mana dekat sana. Semuanya baik-baik je kan?”

“Ya, nenek. Wie ok je dekat sini, kawan pun ramai. Nenek jangan risau ya.”

“Alhamdulillah kalau macam tu. Rajin-rajin telefon nenek dekat sini ya.”

“Ya, nenek. Ok la, Wie ada orientasi ni, nanti ada masa Wie telefon lagi ya.”

“Baiklah cu. Jaga diri baik-baik ya. Assalamualaikum.”

“Ya, nenek. Nenek pun sama, jaga kesihatan tau. Waalaikumusalam.”


Aku terpaksa menipu nenek agar nenek tidak risau akan diriku. Perjalanan hidup harus diteruskan walau apa pun yang berlaku. Namun, dari sehari ke sehari, semangatku semakin luntur. Aku seperti terkena kejutan budaya di alam Universiti ini. Walaupun sudah hampir sebulan aku di sini, aku masih tidak mampu membiasakan diri dengan keadaan sekeliling. Dulu, aku sentiasa membayangkan kehidupan di Universiti pastinya baik dan berlandaskan syariat Islam yang sebenar kerana semua yang berjaya ditempatkan di menara gading ini pastinya insan-insan yang cemerlang. Namun, tafsiranku meleset sama sekali. Kehidupan di sini terlalu bebas. Jika tidak pandai mengemudikan kehidupan, pasti akan tergelincir dan tersilap langkah. Aku harus lebih kuat dan sentiasa teguhkan prinsip diri agar tidak mudah terpengaruh dengan sandiwara ciptaan manusia. Kini, manusia dikelilingi dengan pelbagai kecanggihan yang dibawa masuk oleh dunia Barat. Contohnya, dari segi pemakaian dan teknologi komunikasi dan budaya yang hanya menggelapkan mata. Perkara ini membuatkan pelajar terus lalai daripada tanggungjawab sebenar. 


Aku sentiasa bermonolog sendiri agar aku tidak mudah lupa diri. Biarkan orang lain mengecap nikmat keseronokan yang hanya sebentar itu, namun bukan aku. Usah ragu dan bersedih wahai hati kerana kita tidak mampu berpakaian cantik seperti insan-insan lain. Usah ragu jika tidak memiliki telefon bimbit yang mahal dan tidak berpeluang pergi ke tempat-tempat hiburan yang ‘tumbuh bagai cendawan’ pada zaman ini. Ketahuilah, bahawa Allah sedang merencanakan sesuatu yang terbaik buat kita. Dia tidak mahu melihat kita terus lalai dan terjerumus ke lembah maksiat yang boleh merosakkan akal dan jiwa. Justeru, jangan bersedih dan merasakan kita insan yang lemah kerana sebenarnya, kitalah insan yang paling beruntung dan bahagia di dunia ini. Aku sentiasa merayu dan memohon kepada-Nya agar aku sentiasa dalam kalangan orang yang beriman. Jauh di sudut hati, aku memanjatkan syukur yang tidak terhingga kerana pernah diberi didikan agama yang baik daripada mama dan papa. Walaupun mereka tiada di sisi waktu ini, namun aku yakin semua ini adalah perancangan Allah. Sekiranya mereka diberi pilihan, pasti mereka jua tidak mahu perpisahan ini terjadi. Harapan dan doa sentiasa mengiringi langkah mereka agar ingatan terhadapku sentiasa mekar.


Petang itu, suasana bilikku di kolej sepi, tingkap bilik ku buka, namun tiada apa yang menarik perhatianku. Hanya kedengaran bunyi putaran kipas siling. Matahari berpijar di tengah petala langit menusuk diri. Umpama lidah api yang menjulur dan menjilat-jilat bumi. Hembusan angin sahara disertai debu yang menggulung-gulung menambahkan lagi bahang yang kian terasa. Sesekali jam elektronik di dinding aku perhatikan, tepat jam 4:15 petang. Sekejap lagi masuk waktu Asar. Segera ku tutup tingkap dan menghidupkan alat penyaman udara untuk berlindung daripada kepanasan. Aku bersiap sedia menunaikan kewajipan sebagai seorang umat Islam. Seusai solat, dengan penuh rasa rendah diri dan tawaduk aku melangkahkan kaki ke arah rak buku yang terletak di sebelah katilku. Hatiku tergerak untuk mengambil beberapa buah buku agama yang pernah dihadiahkan oleh papa kepadaku, yang aku jaga dan simpan rapi sehingga ke hari ini. Sehelai demi sehelai ku selak. Tiba-tiba perasaan rindu mencengkam kalbu. Teringat lagi akan insan teristimewa yang pernah hadir dalam hidupku, mama dan papa. Ya Allah, kuatkan hatiku dalam mengharungi ranjau kehidupan ini. Ya Allah, tabahkanlah diri ini. Suatu ketika dahulu, di sebuah kedai buku yang terletak di Temerloh.


“Wie, nak beli buku ni tak?”

“Buku apa papa?”

“Buku-buku motivasi, ambillah mana-mana buku yang Wie nak, nanti papa bayar.”

“Tak pa ke papa? dah banyak buku rujukan Wie beli ni.”

“Tak pa sayang, buku ni banyak manfaatnya. Wie kena ingat, suatu hari nanti kalau Wie dah berjaya, jangan membelakangkan agama Allah. Urusan duniawi dan ukhrawi kena seimbang, barulah berkat hidup ni.”

“Ya, papa. Terima kasih sebab ingatkan Wie.”

“Sama-sama sayang.”

Pesanan papa terngiang-ngiang di telinga, Setiap kali perasaan rindu bertandang aku tidak pernah lupa untuk mendoakan kesejahteraan kedua ibu bapaku, tidak lupa juga kepada nenda dan adik-beradikku yang lain. Buku ‘La Tahzan’ hadiah daripada papa ku teliti penuh khusyuk daripada satu tajuk ke satu tajuk yang lain. Banyak pengajaran yang aku peroleh. Setelah diperhalusi, ketenangan pasti muncul. Sesungguhnya ‘setelah ada kesulitan yang mendatang, pasti ada kemudahan yang mengiringi.’ Kini, aku mengerti mengapa papa suka menghadiahkan aku buku-buku motivasi seperti ini. Sewaktu kita kurang keyakinan diri dan sedih, buku-buku seperti ini dapat membantu. Jadi, aku harus kuat dan tidak membazirkan waktu meratapi segala kesedihan yang muncul, lebih baik jika setiap dugaan itu aku jadikan sebagai medan dan batu loncatan untuk aku lebih mendekatkan diri kepada Allah. Sering kita dengar ‘sabar itu indah.’ Ya, sabar itu sememangnya indah kerana menghiasi diri dengan sifat sabar merupakan akhlak terpuji yang sering ditanamkan dalam diri insan-insan mulia. Meskipun banyak rintangan mendatang, semuanya berjaya ditepis dengan penuh kesabaran dengan menjadikan kepercayaan terhadap Allah sebagai perisai diri daripada kehancuran.


Pesanan-pesanan mama jua sentiasa aku jadikan pedoman. Walaupun mereka jauh dari aku, namun kasih dan sayang yang pernah mereka curahkan tak pernah luput daripada ingatan. Suatu ketika dahulu, saat aku berada dalam kesulitan, pasti mama orang pertama yang akan tahu. Aku tidak mampu menyembunyikan apa yang aku rasa daripada mama. Benar kata orang, naluri seorang insan yang bernama ibu ini sangat kuat. Suatu hari ketika aku pulang dari sekolah petang. Aku terkedu apabila dihina oleh beberapa orang rakanku yang lain. Aku hanya mampu tertunduk mendiamkan diri, tidak berupaya untuk membela diri.


“Wie, macam ada yang tak kena je mama tengok. Kenapa sedih ni sayang?”

“Tak ada apa-apa la mama.”

“Ada hati nak tipu mama lagi ya, mama tahu anak mama tengah fikirkan sesuatu. Boleh mama tahu?”

“Wie sedih la mama, kawan-kawan selalu perli Wie sebab selalu sangat cikgu panggil Wie kalau ada ape-ape.”

“Itu sahaja ke?”

“Ya la mama, kawan-kawan kata Wie ni suka bodek cikgu, sebab tu cikgu baik dengan Wie.”


Mama hanya tersenyum. Aku kebingungan melihat reaksi mama yang terlalu bersahaja itu. Kini aku mengerti apa yang dimaksudkan oleh mama selama ini. Kritikan tajam harus kita jadikan sebagai penghormatan buat kita. Jika kita dikritik atau dicemuh oleh sesetengah pihak, usah bersedih, anggaplah kritikan dan cemuhan tersebut sebagai satu penghormatan yang membina buat kita. Dalam hidup ini, terutamanya jika kita seorang yang selalu memberi, memperbaiki, mempengaruhi dan berusaha membangun, maka pastinya kita akan sering berhadapan dengan kritikan-kritikan yang pedas dan pahit untuk ditelan, malah sesekali pastinya kita dicemuh atau dihina. Kadang kala perbuatan mereka ini melampaui batas sehingga membuatkan kita menangis dan terusik ketenangan.


Namun, usah gentar, kuatkan jiwa dan bersikaplah laksana batu karang yang tetap utuh walaupun ditimpa butiran-butiran salji kerana untuk menutup mulut manusia daripada mengkritik, mencemuh dan menghina kita adalah amat mustahil sekali, adalah lebih baik jika kita berdiam diri dan terus tersenyum walau apa jua cacian yang diterima. Jika kita menginginkan kita dicintai, disayangi dan dihormati oleh semua orang, itu tandanya kita menginginkan sesuatu yang amat mustahil terjadi dan mengharapkan sesuatu yang terlalu jauh untuk digapai kerana kita sudah sedia maklum bahawa tidak mungkin kita mampu memuaskan hati semua pihak. Sedangkan nabi kita iaitu Muhammad s.a.w sendiri pernah dikeji dan dicemuh oleh orang-orang yang cetek ilmu agamanya, apatah lagi kita hanya insan biasa ini, insan yang hanya menunggu saat untuk dijemput kembali oleh pencipta kita. Jadi, kuatkan semangat dan usah bersedih, sesungguhnya bahagia itu milik kita. Betul kata mama. Segala kata cacian, aku harus terima dengan hati yang terbuka. Dalam mengharungi liku-liku kehidupan sebagai seorang pelajar, rintangannya semakin menggunung tinggi. Terima kasih mama atas segala nasihat membinamu. Walaupun engkau jauh, namun semangatmu sentiasa bersamaku.


Rutin harianku antara waktu Maghrib dan Isyak, bermuhasabah diri agar aku tidak terus lalai mengejar keseronokan dunia. Surah yang menjadi pilihanku kali ini ialah surah at-Taubah. Aku tertarik dengan satu ayat daripada surah ini yang bermaksud “Ketahuilah wahai muslimin-muslimat pemimpin umat sekalian bahawa kesedihan yang ada ini bukan satu keharusan dan janganlah kita bersedih kerana Allah sentiasa bersama kita.” (at- Taubah: 40). Memang benar, kesedihan yang diratapi hanya akan memadamkan api motivasi yang ada dalam diri kita, membunuh roh semangat dan membekukan jiwa, ini kerana kesedihan hanya memiliki daya yang menghentikan dan bukan penggerak. Jadi, untuk menjadi orang yang cemerlang, aku harus menanamkan prinsip bahawa kesedihan adalah sesuatu yang boleh aku tangani dan bukan sesuatu yang tidak boleh dikawal sehingga aku harus menyerah kepadanya. Aku juga harus ingat bahawa kesedihan boleh mengotori kehidupan dan ia juga merupakan suntikan beracun yang berbisa bagi jiwa. Oleh itu, aku harus buang jauh-jauh sifat dan perasaan sedih yang mencengkam hati dan berusaha untuk tersenyum kerana dalam senyuman terdapat kekuatan yang menakjubkan dalam menggembirakan jiwa. ‘Minda yang cerdik datangnya daripada akal yang terdidik.’ Orang yang bijak seharusnya mengetahui hakikat bahawa kesedihan mesti digantikan dengan senyuman yang ikhlas agar minda dan akal yang terdidik dan optimis boleh membantu tatkala tuannya menghadapi musibah. Sehari demi sehari dalam menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah Allah di muka bumi, aku semakin kuat dan mempunyai arah tuju yang nyata.


Aku selalu memerhatikan keajaiban ciptaan Allah di alam semester ini. Ketika itu, pasti timbul rasa keinsafan dalam diri. Sesungguhnya ciptaan Allah tidak ada cacat celanya, semuanya indah dan lengkap serta mempunyai keunikannya yang tersendiri, begitu juga manusia. Manusia dijadikan daripada sebaik-baik kejadian dan sifat. Kitab Al-Quran dan al-Hadis diturunkan sebagai panduan hidup yang serba-serbi lengkap. Jadi, jangan bersedih dan usah dikenang kisah lalu. Ilmu Allah itu sangat luas, seluas-luas lautan di bumi ini, luas lagi ilmu Allah. Bina hidup baru, dengan semangat dan azam baru untuk berubah, segala-galanya akan berjalan dengan lancar. Selagi hayat dikandung badan, bererti aku masih mempunyai ruang dan peluang untuk berubah ke arah yang lebih baik. Bawalah hati kepada Tuhan, gantikan kesedihan yang mencengkam dengan suburkan deria jiwa untuk bertaubat. Ya, sesungguhnya itulah yang terbaik. Kota yang musnah kerana peperangan boleh dibangunkan semula walaupun untuk tempoh sedekad atau seabad. Jadi, tidak ada apa lagi yang perlu diratapi kerana semuanya sudah jelas tercatat bahawa dunia ini hanya pinjaman sementara dan akhirat adalah tempat tinggal yang kekal abadi. Ketahuilah kita bahawa segala yang berlaku ini tidak ada yang sia-sia dan Allah adalah sebaik-baik perancang. “Ya Allah Ya Tuhan kami, jika tidur kami ini tidur yang terakhir, maka ampunkanlah segala dosa kami, maafkan segala kesilapan kami, dan tempatkan kami dalam kalangan orang-orang yang beriman.”


Aku pasrah dengan apa yang berlaku terhadap diri ini. Dua tahun telah berlalu. Alhamdulillah, kini aku lebih kuat menghadapi hari-hariku. Segala masalah yang melanda, aku jadikan sebagai satu pengalaman yang terindah dalam hidupku. Walaupun ia perit untuk dikenang, namun Allah telah menghadiahkan aku dengan kebahagiaan yang tidak terucap lagi. Hadirnya seorang insan yang bakal menamatkan zaman bujangku, menjadikan aku insan yang paling bahagia di muka bumi ini. Kedua-dua orang tuaku berjaya aku temui kembali. Hubungan kami kembali akrab. Walaupun masing-masing sudah mempunyai kehidupan baru, namun kasih sayang mereka terhadapku masih mekar. Segala resah yang melanda diri hilang ditelan badai. Berkat usaha dan doaku selama ini telah Allah makbulkan. Kini, aku mampu tersenyum bahagia seperti insan lain. Selama ini mungkin Allah sengaja mengujiku. Kini, Allah menghadiahkan aku dengan sesuatu yang tidak terungkap lagi dengan kata-kata. Aku dilimpahi rezeki dan kesenangan hidup yang berpanjangan. Semoga semuanya berjaya aku tempuhi dengan baik berlandaskan syariat Islam yang sebenar.
                                                                
                                                                     ~tamat~
                                                                    by: fiesya



AhLaN WaSaHLaN Ya RamadHan





Today: 18 Julai 2013 12:27 AM

Hari ni genap 8 hari umat Islam menyambut ramadhan al-mubarak 1434 Hijrah. Cepat je masa berlalu, rasa macam baru semalam je puasa. Apa pun, alhamdulillah sebab kita semua masih diberi kesempatan lagi untuk bertemu dengan bulan mulia ini. Sama-sama lah kita berusaha untuk perbanyakkan amal ibadat dan bertaubat, mohon padaNya agar diampunkan segala dosa-dosa lalu dan diberi ruang dan peluang lagi untuk bertemu ramadhan akan datang. Mudah-mudahan, amin...






Antara Kelebihan Bulan Ramadhan
  • Bulan keampunan yang penuh berkat untuk hamba-hamba-Nya yang tidak pernah lari dari kesilapan dan dosa.
  • Diturunkan satu malam yang istimewa iaitu Lailatul Qadar di mana malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Digandakan pahala amalan pada malam tersebut.
  • Diturunkan petunjuk bagi manusia iaitu Al-Quran pada bulan Ramadhan. Oleh itu, kita digalakkan untuk memperbanyakkan serta menggandakan bacaan Al-Quran berserta maksudnya di bulan Ramadhan nanti.
  • Ditutup pintu neraka dan dibukakan seluasnya pintu syurga.
  • Syaitan tidak dapat menghasut manusia pada bulan Ramadhan. Namun jika masih ada kejahatan yang dilakukan ia berpunca dari nafsu diri sendiri. Mohonlah keampunan Illahi 1 bulan Ramadhan yang mulia itu.
  • Kegembiraan orang yang berpuasa dengan ikhlas ketika Ramadhan ialah bila tiba waktu berbuka puasa kerana dia dapat menghalang dirinya daripada melakukan kejahatan.

BERUNTUNGNYA KEPADA PARA ISTERI

BAYANGKAN SEMUA PAHALA INI DIGANDAKAN DALAM BULAN RAMADHAN..

  • Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun. (Hadis Riwayat Muslim)
  • “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah.” (Hadis Riwayat Muslim)
  • “Apabila isteri hamil ia dicatatkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad.” (Hadis Riwayat Muslim)
  • “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.” (Hadis Riwayat Muslim)
  • “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, niscaya ia dimasukkan ke dalam surga.” (Hadis Riwayat Tarmizi)
  • “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yang difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya, maka berhaklah ia masuk surga dari mana² pintu yang ia suka.” (Hadis Riwayat Muslim)


Today : 17 Julai 2013, 12:10 AM

     29 Jun 2013 telah dua minggu melabuhkan tirainya, sebuah epilog kehidupan baru telah mula ku lakari, selamat tinggal zaman remajaku, selamat datang zaman baru ku. Mudah-mudahan kehidupan baru yang akan ku warnai ini dilimpahi dengan redhaNya. Begitu juga buat sahabat-sabahat serta kenalan-kenalan di luar sana. Semoga alam perkahwinan yang ditempuhi ini akan lebih mematangkan hidup kita dan sama-sama kita hayati..agar hidup ini lebih terarah ke jalan Allah. 

Zaman kanak-kanak telah kita lalui, zaman persekolahan juga telah kita tempuhi, begitu juga dengan zaman remaja yang penuh dengan liku-liku kehidupan. Kini, setelah setapak lagi kita melangkah iaitu ke alam perkahwinan, bermakna segala-galanya telah berubah. Satu tugas dan tanggungjawab baru harus digalas. Tiada apa yang harus lagi dikejar melainkan 'berusaha mencari bekalan untuk dibawa ke akhirat sana, iaitu zaman yang kekal abadi buat kita. 

Semoga kita mampu menjadi isteri solehah penyejuk mata suami, agar syurga Allah sentiasa terbentang luas buat kita sebagai hambaNya.

10 Wasiat Rasulullah SAW Kepada Puterinya Fatimah Az Zahra

  • Ya Fatimah, wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya pasti Allah akan menetapkan kebaikan baginya dari setiap biji tepung, melenyapkan keburukan dan meningkatkan darjat wanita itu.
  • Ya Fatimah, wanita yang berpeluh ketika mengisar tepung (memasak makanan) untuk suami dan anak-anaknya nescaya Allah menjadikan dirinya dengan neraka tujuh tabir pemisah.
  • Ya Fatimah, tiadalah seorang yang meminyakkan rambut anak-anaknya lalu menyikat dan mencuci pakaiannya melainkan Allah akan menetapkan pahala baginya seperti pahala memberi makan seribu orang kelaparan dan memberi pakaian seribu orang telanjang.
  • Ya Fatimah, tiadalah wanita yang tidak memberikan bantuan kepada jirannya, melainkan Allah akan menghalangnya dari minum telaga kautsar pada hari kiamat kelak.
  • Ya Fatimah, yang lebih utama dari segala keutamaan adalah keredaan suami terhadap isteri. Andai suami tidak reda kepadamu, maka aku tidak akan mendoakanmu, ketahuilah wahai Fatimah, kemarahan suami adalah kemurkaan Allah.
  • Ya Fatimah, apabila wanita mengandung maka malaikat memohonkan keampunan baginya dan Allah menetapkan baginya setiap hari seribu kebaikan serta menghilangkan seribu keburukan. Ketika wanita merasa sakit untuk melahirkan, Allah menetapklan pahala baginya sama dengan pahala para pejuang di jalan Allah. Jika dia melahirkan kandungannya maka bersihlah dosa-dosanya seperti ketika dia dilahirkan dari kandungan ibunya. Jika meninggal ketika melahirkan maka dia tidak membawa dosa sedikitpun.
  • Ya Fatimah tidaklah wanita yang tersenyum di hadapam suaminya melainkan Allah memandangnya dengan pandangan penuh kasih.
  • Ya Fatimah, tiadalah wanita yang membentangkan alas tidur suaminya dengan rasa senang hati melainkan para malaikat yang memanggil dari langit menyeru wanita itu agar menyaksikan pahala amalnya dan Allah mengampunkan dosanya yang lalu dan yang akan datang.
  • Ya Fatimah tidaklah wanita yang melayan suaminya selama sehari semalam dengan senang hati serta ikhlas melainkan Allah mengampunkan dosa-dosanya serta memakaikan pakaian padanya di hari kiamat berupaya pakaian yang serba hijau dan menetapkan baginya setiap rambut pada tubuhnya seribu kebaikan. Allah memberikan pahala kepadanya pahala seratus kali beribadah haii dan umrah.
  • Ya Fatimah, tidaklah wanita yang meminyakkan kepala suaminya dan menyikatkanya, meminyakkan janggut dan memotong misainya, serta memotong kukunya, melainkan Allah memberi minuman yang didatangkan dari sungai-sungai syurga. Allah mempermudahkan sakaratul maut baginya serta kuburnya menjadi sebahagian taman-taman syurga. Allah membebaskannya dari siksa neraka serta dapat melintasi siratul mustakim dengan mudah.


Waallahualam…

SESALAN



 terduduk ku tertunduk..
 mengadap bumi,mengenang dosa lalu..
malu ku kenangi..sehina manusia..
itu mungkin pangkatku...
kemewahan di dunia jadi pegangan hidup...

ku lupa,diriku alpa,nikmat sementara..
itu yang ku megah-megah..
kononnya bahagia..
sesaat tiada ku ingat Tuhan yang memberi rahmat..

kini ku terlantar tenat..
sesalku tak berguna..
kini baru ku sedari..ku insafi..
ampunkanlah dosaku..lebih setinggi gunung..
terimalah taubatku..

aku akur,aku hina dan berdosa..
mengingatimu hanya bila ditimpa bencana..
ya Allah..matikanlah aku sebagai hambaMU..

Kadang-kadang..=)

           Kadang-kadang apa yang Allah duga, diluar jangkaan..namun, ada hikmah disebalik semua yang terjadi. Allah nak hambaNya tabah dan lebih kuat. Jadi, walau apapun yg berlaku, kita kena tabah dan kuatkan semangat dan yang paling penting sentiasa lah berdoa kepadaNya agar dimudahkan segala urusan di dunia mahupun akhirat..apa pun yang berlaku, jangan mudah putus asa dan ingat Allah sentiasa bersama kita..=)

         Kadang-kadang datang rasa lemah dan tertekan sangat-sangat, lepas satu, satu ujian yang kita terima, terasa yang diri kita dah tidak berharga lagi sedangkan kita dah buat yang terbaik untuk puaskan hati semua pihak, sampaikan hati sendiri pun kita abaikan semata-mata nak jaga hati orang-orang yang kita sayang, tapi kenapa semua ni tidak pernah dihargai??? tapi tak pe..sabar ye wahai hati, walaupun pengorbanan yang kita lakukan dianggap satu pengorbanan yang sia-sia, tapi percayalah Allah ada untuk kita dan Dia sentiasa adil..=)

         Kadang-kadang hati kita sering dilukai, perasaan kita sentiasa diabaikan..apa yang kita buat semuanya salah, semuanya tak kena..apa yang kita nak, semuanya tak pernah diendahkan, apa yang kita minta semuanya susah untuk dilaksanakan..tapi tak pe, wahai hati bertenanglah..tanamkan dalam diri, kejar impian, pastikan destinasi yang ingin ditujui tercapai agar suatu hari nanti, apa yang diidamkan mampu dipenuhi dengan mudah hasil titik peluh sendiri tanpa perlu mengharapkan belas ihsan atau bantuan atau simpati daripada siape-siape pun...percayalah, u can do it...=)

        Kadang-kadang kita tak percaya yang kita punyai bakat dan kelebihan tersendiri yang tak pernah kita sedari, tak pernah orang lain ketahui dan percayalah kelebihan itulah yang bakal merubah segala kehidupan lampau kita, andai kita bijak mengemudikan bahtera kehidupan ini dengan baik, yang penting sekali..kemudilah kehidupan kita dengan berlandaskan syariat Islam yang sebenar, pasti kebahagian menanti..=)

::senyum-senyum selalu, kerana senyuman itu tidak menyakitkan malah menjadi penawar segala duka::





'senyumlah selagi diizinkan'

Senyum

Senyum seindah suria
Yang membawa cahya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri

Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum

Senyum... kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum... membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah
Ikatan...

 


RedHa ILLahi

Jika Syurga menjadi idaman hati, jalannya terbuka luas seluas mata 

memandang..

Jika keampunan yang didambakan, gerbangnya setia 

menanti…

Usah gusar dugaan di hadapan..

andai hati nekad mengejar 


CINTA ILLAHI






بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Bukan semua yang kita MILIKI, akan KEKAL menjadi MILIK kita.. Kerana apa jua yang ADA pada kita hari ini, adalah PINJAMAN dari ALLAH semata2.. Kelak,Dia pasti akan menarik NIKMAT yang telah diberikan pada kita.. Maka,syukurilah dengan apa jua yang KITA miliki kini, sebelum ia PERGI dari HIDUP KITA.. Wallahua'lam..

PEREMPUAN KENA TAHU
::seorang lelaki yang benar-benar mencintai anda tidak akan membiarkan anda pergi , tidak kira bagaimana sukar keadaan sekalipun::

LELAKI KENA TAHU
::seorang wanita yang benar-benar mencintai anda akan marah kat anda utk banyak perkara, tetapi masih terima anda seadanye walaupun anda telah menyakiti hatinya::

kEtEnTuanNya


click to create your own
Solat Sunat Dhuha dan Kelebihannya



Solat sunat Dhuha ini dikerjakan pada ketika sedang naik matahari (anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi).

Solat sunat Dhuha ini dilakukan sebanyak 2 rakaat. boleh juga dilakukan sebanyak 4, 6, 8 sehingga 12 rakaat dan setiap dua rakaat satu salam dan boleh juga setiap 4 rakaat satu salam.

Cara melakukan solat Dhuha:

a) Bacaan niat solat sunat Dhuha

b) Bacaan rakaat pertama surah Al-Fatihah dan As-Syam

c) Bacaan surah rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha

d) Setelah selesai salam, lalu membaca doa



maksudnya;


"Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Kelebihan:

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:


" Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar." (HR. Anas B Malik).


" Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan." (HR Tirmizi)


يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلَامَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى


" Rasullullah S.A.W bersabda: setiap pagi masing-masing persendian/ruas tulang daripada kamu sedekah, dan setiap bertasbih sedekah dan setiap tahmid (ucapan Alhamdulillah) itu sedekah, dan setiap ucapan takbir itu sedekah, dan menyeru dalam kebaikan sedekah, dan melarang dari perbuatan jahat itu sedekah, dan sebagai ganti semua itu, cukuplah dengan mengerjakan solat Dhuha dua rakaat." (HR Ahmad, Muslim dan Daud)

''warkah dari seorang ibu''


Ini surat dari seorang ibu yang sayu hatinya.
Linangan air mata bercucuran deras bersama tersusunnya surat ini. Ibu lihat engkau lelaki yang gagah lagi matang. Bacalah surat ini. Dan kau boleh membuang surat ini setelah itu, seperti saat engkau meremukkan kalbu ibu sebelum ini.


Sejak doktor memberitahu tentang kehamilanmu, ibu berbahagia. Ibu sangat memahami makna ini dengan baik. Awal kegembiraan dan sekaligus perubahan demi perubahan berlaku pada ibu. Sembilan bulan ibu mengandungkan mu. Seluruh aktiviti ibu jalani dengan susah payah kerana mengandungkan mu. Meski pun begitu, tidak mengurangi kebahagiaan ibu. Kesengsaraan yang tiada hentinya, bahkan kematian ibu lihat di depan mata ibu saat kau dilahirkan. Jeritan tangismu menitiskan air mata kegembiraan buat kami.


Berikutnya, ibu seperti pelayan yang tidak pernah istirehat. Kepenatan ibu demi kesihatanmu. Kegelisahan ibu demi kebaikanmu. Harapan ibu hanya ingin melihat senyum sihatmu.


Masa remaja pun engkau melusuri kini. Kedewasaanmu semakin terlihat, Ibu pun berikhtiar untuk mencari rezeki lebih untuk menampung kehidupan kamu di alam universiti. Hati ibu sedih atas pemergianmu. Namun ibu tetap bahagia lantaran engkau menempuh hidup baru.


Seiring perjalanan waktu, ibu merasa engkau bukan anak ibu yang dulu. Hak pada diri ibu telah kau lupakan. Sudah sekian lama ibu tidak bersua, meski pun melalui telefon. Ibu tidak menuntut macam-macam perkara. Sebulan sekali, jadikanlah ibumu ini sebagai persinggahan, meski pun hanya beberapa minit saja untuk melihat anak kesayangan ibu.


Ibu sekarang sudah sangat uzur. Pinggang sudah membongkok, gemetar sering bersama tubuh dan berbagai penyakit tak bosan-bosan singgah kepada ibu.


Anakanda permata hati ibu..
Seandainya ada yang berbuat baik kepadamu, nescaya ibu akan tak henti-henti berterima kasih kepadanya. Sementara ibu telah sekian lama berbuat baik kepada dirimu. Manakah balasan dan terima kasihmu pada Ibu? Apakah engkau sudah kehabisan rasa kasihmu pada Ibu? Ibu tertanya-tanya, dosa apakah yang menyebabkan dirimu enggan melihat dan mengunjungi Ibu? Baiklah, anggap Ibu sebagai pembantu, mana upah Ibu selama ini?


Anakanda cahaya hati ibu...
Ibu hanya ingin melihatmu saja. Lain tidak. Bila tiba saatnya kau akan merasakan dengan apa yang ibu rasakan pada waktu ini baru kau sedar akan peritnya dirundung kerinduan, sekaligus duka dan kesedihan? Ibu tidak tergamak untuk mengadu kedukaan hati ini kepada Dzat yang Maha Tinggi. Ibu juga tidak akan menceritakan kepedihan ini kepada orang lain. Sebab, ini akan mengheratmu kepada kedurhakaan. Musibah dan hukuman pun akan menimpamu di dunia ini sebelum di akhirat. Ibu tidak akan sampai hati melakukannya.


Anakandaa jiwa raga ibu...
Walau bagaimanapun engkau masih buah hati ibu, bunga kehidupan dan permata cahaya diriku...


Anakanda permata cinta ibu...
Perjalanan tahun demi tahun akan menumbuhkan uban di kepalamu. Dan setiap balasan dari jenis amalan yang dikerjakan. Nantinya, engkau akan menulis surat kepada keturunanmu dengan linangan air mata seperti yang Ibu alami. Di sisi Allah, kelak akan berhimpun sekian banyak orang-orang yang mengecewakan.


Anakanda yang amat ibu sayang...
Takutlah engkau kepada Allah kerana kedurhakaanmu kepada Ibu. Sekatlah air mata ibu, ringankanlah beban kesedihan ibu. Terserahlah kepadamu jika engkau ingin merobek-robek surat ini. Ketauhilah, "Barangsiapa beramal soleh maka itu buat dirinya sendiri. Dan orang yang berbuat buruk, maka itu (juga) menjadi tanggungannya sendiri."


Anakanda yang ibu rindui...
Ingatlah saat engkau berada di perut ibu. Ingat pula saat tiba hari kelahiran yang sangat mencemaskan. Ibu merasa dalam keadaan hidup atau mati. Darah bercucuran tumpah, itulah nyawa Ibu. Ingatlah saat engkau menyusu. Ingatlah belaian sayang dan keletihan ibu. Ingatlah saat engkau sakit. Ingatlah..... ingatlah..... kerana itu, Allah menegaskan dengan wasiat: "Wahai, Rabbku, sayangilah mereka berdua seperti mereka menyayangiku waktu aku kecil."


Anakanda dengarlah kini...
Allah berfirman, "Dan dalam kisah-kisah mereka terdapat pelajaran bagi orang-orang berakal..." (Yusuf: 111)
Pandanglah teladan dalam Islam, supaya engkau memperolehi gambaran bakti anak kepada orang tuanya.


~insan yang amat mengasihimu~

Wanita Yang Lebih Baik Dari Bidadari

Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya: Aku berkata, "Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?" Baginda menjawab, "Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin."Aku berkata, "Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu? Baginda menjawab, "Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning..."
(Hadis Riwayat al-Tabrani)
~islam is the way of life~

15 ciri wanita syurga

                                                            
1. Bertakwa.
2. Beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik mahupun yang buruk.
3. Bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa bulan Ramadan, dan menunaikan haji bagi yang mampu.
4. Ihsan, iaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahawa Allah melihat dirinya.
5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya dan bersabar atas segala takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.
6. Gemar membaca al-Quran dan berusaha memahaminya, berzikir mengingati Allah ketika sendiri atau bersama orang dan sentiasa berdoa kepada Allah.
7. Menghidupkan amar makruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.
8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternakan yang dimiliki.
9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.
10. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.
11. Menjaga lisannya daripada perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah).
13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.
14. Berbakti kepada kedua-dua orang tua.
15. Menyambung silaturahim dengan keluarganya, sahabat terdekat dan jauh.