Rintihkan Kasih Seorang Ibu


SAUDARI NURUL HIDAYAH


Kasih seorang insan yang bergelar ibu tiada gantinya. Setiap insan yang dilahirkan di bumi ini pastinya ingin merasai kasih sayang dari insan yang telah melahirkan mereka. Begitu juga hati kecil insan ini, kepada mereka di luar sana yang masih mempunyai ibu dan ayah, masih berkesempatan merasai kasih sayang mereka, hargailah selagi berpeluang.

Saudari Ina (Nama panggilan sehingga kini) telah di besarkan oleh ibu dan ayah angkatnya di Taman Jaya, Kemayan, Pahang dalam lingkungan 22 atau 23 tahun lalu. Ketika itu, Ina baru sahaja lepas pantang, Ina dihantar kepada  arwah Pak Ya dan Mak Mah untuk jagaan oleh ibu kandungnya. Namun setelah itu, ibu kandungnya tidak kelihatan dan kini, dia tinggal bersama keluarga angkatnya di Taman Jaya, Kemayan.


Arwah Pak Ya dan Mak Mah


 Kini segala-galanya hanya tinggal kenangan. Jika diizinkan oleh Allah, insan ini terlalu berharap dirinya akan bertemu dengan insan yang telah melahirkannya ke muka bumi ini. Doanya tidak pernah putus untuk arwah ayah dan ibu angkatnya yang sudi membesarkannya, begitu juga buat keluarga angkatnya yang tidak pernah sekalipun menganggap dirinya sebagai orang luar dalam keluarga itu. Alhamdulillah kerana dirinya masih ada tempat untuk bergantung harap. 

Walau bagaimanapun, disebalik hati kecil milik insan ini, dia terlalu rindukan belaian kasih dari seorang ibu, lagi-lagi sudah hampir 22 atau 23 tahun dia tidak pernah langsung bertemu dengan insan teristimewa dalam hidupnya itu.
Pencarian masih diteruskan tanpa mengenal erti penat dan lelah demi sebuah misi yang entah bila akan ada jawapannya. Semoga suatu hari nanti penat lelah ini akan terbayar dan segalanya akan terjawab. Mudah-mudahan, aminnn...Sama-samalah kita berdoa agar urusan saudari Ina akan dipermudahkan oleh -Nya.

Kepada sesiapa yang mempunyai maklumat dan sudi membantu memudahkan urusan ini, boleh hubungi : 0176151150 (Saudari Ina) Jasa kalian, didahulukan dengan ucapan terima kasih.


No comments: