Today : 17 Julai 2013, 12:10 AM

     29 Jun 2013 telah dua minggu melabuhkan tirainya, sebuah epilog kehidupan baru telah mula ku lakari, selamat tinggal zaman remajaku, selamat datang zaman baru ku. Mudah-mudahan kehidupan baru yang akan ku warnai ini dilimpahi dengan redhaNya. Begitu juga buat sahabat-sabahat serta kenalan-kenalan di luar sana. Semoga alam perkahwinan yang ditempuhi ini akan lebih mematangkan hidup kita dan sama-sama kita hayati..agar hidup ini lebih terarah ke jalan Allah. 

Zaman kanak-kanak telah kita lalui, zaman persekolahan juga telah kita tempuhi, begitu juga dengan zaman remaja yang penuh dengan liku-liku kehidupan. Kini, setelah setapak lagi kita melangkah iaitu ke alam perkahwinan, bermakna segala-galanya telah berubah. Satu tugas dan tanggungjawab baru harus digalas. Tiada apa yang harus lagi dikejar melainkan 'berusaha mencari bekalan untuk dibawa ke akhirat sana, iaitu zaman yang kekal abadi buat kita. 

Semoga kita mampu menjadi isteri solehah penyejuk mata suami, agar syurga Allah sentiasa terbentang luas buat kita sebagai hambaNya.