Disebalik tirai hati wanita



                                         Egoiskah die??Hipokritkah die??Degilkah die??

      

Kadang die selalu menyembunyikan sesuatu yg amat perit untuk dilalui sehingga die mampu menitiskan airmata,namun tidak kita ketahui..kerana die hanya akan menangis dalam senyap..menangis dalam hati..dikala insan lain sedang sibuk bergelak tawa..Deritanya sukar kita fahami kerana die bijak melakonkan pelbagai watak,menyembunyikan segala kesedihannya disebalik sebuah senyumannya yang sentiasa terukir indah menghiasi wajahnya.


Kadang bila kita mampu melihat airmatanya mengalir,sungguh dikala itu amat perit derita yang ditanggungnya.Waktu itu,kekuatannya telah hilang akibat terlalu memendam rasa dan menyembunyikan masalah.Jika kita terus biarkan die dalam kesedihan,mungkin die akan melakukan perkara diluar kawalannya,bimbinglah die,tenangkanlah hatinya..tiupkan lah semangat baru ke dalam dirinya.


Disaat menitis airmatanya,jika kamu berpesan padanya dan berjanji tidak akan melukai perasaannya lagi,die akan menerima nasihatmu sebagai pemangkin semangatnya yang membara,dan jika kamu berpesan jangan menangis lagi,pasti tangisannya semakin menjadi-jadi kerana terharu,namun die tetap mampu mengukir senyuman walaupun senyumannya itu diiringi oleh tangisan.Seraya itu,di dalam hatinya berazam untuk menghargai sehinnga akhir hayatnya.


Kadang kata rindu tidak pernah diungkapkan,janganlah beranggapan perasaan rindu itu tiada langsung untuk kamu,sengaja die memberi ruang untuk kamu terlebih dahulu mengungkapkannya..egonya terlalu tinggi dan amat susah untuk die mengungkapkan kata2x manis itu..pada die,apabila kata2x itu diungkapkan..die telah kalah..lebih-lebih lagi jika die pernah dikecewakan sebelum ini..Die takut luka lama berdarah kembali.Namun jika die berani untuk mengungkapkan kata rindu pada kamu..itu tandanya die benar-benar ikhlas dan percaya pada kamu serta yakin bahawa kamu adalah yang terbaik buat dirinya dan berharap kamu juga ikhlas mengenalinya.


Kadang apabila die berkata lelaki lain lebih baik daripada kamu,jangan percaya katanya..hakikatnya die hanya ingin menguji kamu,die mahu melihat sejauh mana kamu sanggup jadi yang terbaik buat dirinya.Selagi kamu dengannya,walaupun hakikatnya memang hanya kamu yang terbaik dimata hatinya,namun die pasti tidak akan menyatakan ape yang lahir dari hatinya,die pasti mengatakan masih ramai lagi yang baik,realitinya..kamulah dunianya.


Kadang die menjadi degil..namun,die tidak bermaksud untuk menjadi degil..tetapi die mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.Percayalah hati wanita itu sangat lembut,andai kena caranya,jangan terkejut kalau akhirnya die menukar fikirannya dalam masa sesaat.Sekeras-keras hati wanita,pasti lembut jua akhirnya..


Kadang apabila die berkata ''tolong tinggalkan saya!'' sebenarnya,die tidak bermaksud menyuruh kamu pergi buat selamanya..mungkin die hanya mahu berehat sebentar dari kekusutan yang melanda.Apabila die kembali tenang,percayalah die pasti mencari kamu semula..walaupun kadang kala caranya seperti masih marah atau situasinya seperti ingin menambah burukkan lagi keadaan..namun hakikatnya,bukan itu niatnya..cume mungkin die tidak petah memujuk..jika die mncari kamu semula,walau ape jua caranya,bijaklah mengatasi dan gunelah kata-kata yang mampu menenangkan die..usah marah padanya..ketahuilah,rajuknya hanya seketika cuma..apabila keadaan kembali tenang,die pasti ceria kembali..waktu itu..usah bercerita kisah lalu..bersembanglah seperti biasa.Wanita terlalu sukar untuk mengawal perasaan dan emosi,tapi die lah insan yang paling menyayangi dan menghargai diri anda.dan sangat sensitif dengan perubahan anda.




Inilah sedikit sebanyak rahsia disebalik hati seorang wanita.Apabila sayang...selamanya tetap sayang..bukan mudah untuk melupakan..walaupun mungkin die telah bertemu insan lain yang mampu memberi lebih kebahagiaan buat dirinya,namun untuk die melupakan insan yang pernah hadir dalam kamus hidupnya..tak semudah itu..hargailah ''die''.